Thursday 11 June 2015

PROSES ULASAN DAN LAWATAN TAPAK OLEH PEGAWAI TANAH DAERAH HILIR PERAK

Salam ukhwah dengan penuh kasih sayang. Buat semua warga pembaca blog Al-Mujaddid. Detik bersejarah berlaku lagi dengan satu proses sebelum serahan Hak milik dilakukan.Proses ini sempat dirakamkan dan direkod oleh salah seorang AJK Al-Mujaddid iaitu En.Jamal.

Lokasi : Tapak Surau Al-Mujaddid Lorong 12&13
             Taman Padang Tembak.
Masa :  9.30 pagi - 11.30 pagi
Pegawai Terlibat : En.Tan Bin kamaruddin ( NT 36 )
                            Unit Ulasan Teknikal Hak Milik
                             Pejabat Tanah Hilir Perak
                           

Penerangan Berkaitan Tapak Kepada En.Tan dan pegawai Unit Teknikal
 Pengerusi Dan Barisan AJK Surau Al-Mujaddid menanti dan memberi penerangan 
Senyuman terukir diwajah Pengerusi dan AJK AL-Mujaddid 
yang turut hadir .





PELANCARAN TABUNG INFAQ PEMBINAAN SURAU AL-MUJADDID

Program Pelancaran Tabung Infaq Pembinaan Surau al-Mujaddid
Tarikh : 22.01.2015
Masa : Solat Magrib Berjemaah
Lokasi Program : Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak
Perasmi : Yang Berhormat Dato Mohd Azhar Bin Jamaluddin
              Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong

Matlamat program ini adalah salah satu bukti kesungguhan dan usaha dalam pembinaan Surau Al-Mujaddid Taman Padang Tembak.Dengan rasminya pelancaran Tabung Infaq ini maka kutipan dan sumbangan giat dijalankan dan amat mengharapkan bantuan dari ahli kariah serta seluruh umat muslim dan muslimat..

Perasmi Program 
Yang Berhormat Dato Mohd Azhar Bin Jamaluddin
ADUN Chnagkat Jong


Al-Fadhil Ustaz Mohamad  sebagai penceramah Pengisian ilmu


Diantara para hadirin yang hadir



Monday 25 May 2015

Assalamualaikum wbt & Salam ukhwah.
Buat semua ahli qariah,penyumbang -penyumbang demi pembinaan Al-Mujaddid dan para pembaca sekelian,semoga sentiasa dalam rahmat,redha dan keberkatan rezeki dan ruzki.
Setelah berubahnya tahun maka pada 2015 kita bertemu kembali..
Semoga limpahan dan kemurahan rezki yang kita perolehi dapat kiranya dikongsi demi membina rumah ibadah @ Surau Al-Mujaddid.
Rujukan Berkaitan Pembinaan Surau Al-Mujaddid Taman Padang Tembak adalah seperti lampiran.
Sasaran dana diperlukan untuk binaan 20kaki X 30kaki adalah sekitar Rm 80,000.00 (Ringgit Malaysia : Lapan Pulluh Ribu ).Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam :08031010056815. Jika perlu resit rasmi boleh diperolehi dari AJK AMDT yang dinyatakan dihalaman sebelum ini.

Kelulusan Pembinaan Surau
Kelulusan Mengutip Derma Pembinaan 

Surat Pewartaan Tapak Surau
Plan lay-out Tapak Surau
Pandangan Plan 
Pandangan 3D Al-Mujaddid