Thursday 14 August 2014

 PERMOHONAN SUMBANGAN DERMA DAN WAKAF BAGI PEMBINAAN SURAU AL-MUJADDID TAMAN PADANG TEMBAK

PENGENALAN

Hasil dari persetujuan penduduk dan atas keperluan ummah maka dengan amanah yang diberi maka ahli jawatankuasa Pembinaan Surau al-Mujaddid dilantik bagi menjayakan matlamat ini.Namun kekangan kewangan menjadi halangan ,justeru itu bantuan dan sumbangan dari Dato/Datin/Tuan/Puan amat kami perlukan.

Maklumat Berkaitan:

Tapak:

1. Diatas Padang lorong 12&13 yang telah digazetkan sebagai kegunaan awam oleh pemaju.
2.Permohonan mewartakan telah siap dijalankan no fail rujukan di Pejabat Tanah Dan Daerah Hilir Perak:5/13/1120 (DS) bertarikh 10 Julai 2014.
3.Keluasan mengikut plot pejabat Tanah adalah 0.13 ekar.
4. Diwartakan melalui Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat
Melayu Perak (MAIP)





Kelulusan

1.Pada tarikh 04 Febuari 2014 melalui surat dan kertas kerja lengkap Kelab Sukan Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak (KRTS 4) no fail rujukan : KSRPTPT/Pent 04/Bil 2/2014 dihantar untuk memohon sebuah surau kepada Pegawai Tadbir & Hal Ehwal Agama Islam Daerah Hilir Perak.

2.Dari segi urusan pentadbiran dan permohonan teknikal KRTS 4 banyak membantu,ucapan jutaan terima kasih kepada KRTS 4 yang membantu kami AJK Pembinaan Surau Al-mujaddid (Al-Mujaddid Development Team AMDT)

3.Pada tarikh  Mei 2014 setelah dibentangkan dihadapan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak melalui MAIP dan mendapat perkenan Tuanku . No Rujukan Fail : Bil (72) dlm.JAIPK/BPM/37/3 bertarikh 12 Jun 2014 bersamaan 14 Syaaban 1435.

Kewangan

1. Sumbangan dari penduduk - penduduk dan seluruh umat islam di Malaysia amat kami harapkan dalam membantu usaha murni ini.Dalam taksiran kos bagi pembinaan Surau al-Mujaddid dengan saiz 20x30 kaki adalah berjumlah RM 80,000(Ringgit Malaysia : Lapan Pulluh Ribu Sahaja) dalam tahun 2014.Namun kos mungkin bertambah mengikut kenaikan semasa.Justeru itu sekali lagi pihak AMDT memohon sumbangan kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini dengan ikhlas.

Allah Ta'ala berfirman :
" Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjam kepada Allah pinjaman yang baik niscaya akan dilipat gandakan (ganjarannya ) kepada mereka: dan bagi mereka pahala yang banyak." (Qs.Al-hadid : 18)

2. Kepada Dato/Datin/Tuan/Puan yang budiman untuk berwakaf dan menyumbang boleh bertemu @ berhubung dengan AJK Pembinaan Surau Al-Mujaddid (AMDT) seperti berikut :

  • Pengerusi : En.Kamsol Bin Yacob (017-4961303)
  • Naib Pengerusi : Al- Fadhil Ustaz Sobri Bin Jusoh (013-5144730)
  • Setiausaha : En.Mohd Yusri Bin Mohd Jono ( 017-4803147)
  • Bendahari : En.Fakhrul Azhan Bin Mohd Mohid (019-2631645)
  • AJK Pembinaan : I.R Abd Halim Bin Hashim (019-5797472)
  • AJK Pembinaan : Ahmad Faizal Bin Ahmad (019-4426545)

atau terus melalui akaun Surau Al-Mujaddid di BANK ISLAM : 08031010056815


Keajaiban Sedekah Dan Derma wakaf


  • Sedekah membawa berkat menebus dosa dan membuka pintu syurga insya Allah
  • Sedekah memudahkan datangya rezeki dengan banyak insya Allah
  • Sedekah menghindarkan dan menolak bala dari menimpa insya Allah
  • Sedekah menyembuhkan penyakit dan menyihatkan tubuh badan insya Allah
  • Sedekah merungkai kerumitan dan kesusahan di dalam kehidupan insya Allah

Nota:

Sebarang sumbangan dari segi idea,tenaga,kewangan dan nasihat boleh disalurkan ke almujaddid2014@gmail.com

Jutaan Terima Kasih dan mohon ampun maaf atas sebarang khilaf yang kami sedari maupun tidak.Pihak AMDT (Al-mujaddid Development Team ) mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri minal aidil wal faizin.





No comments:

Post a Comment