Tuesday 12 July 2016

SALAM UKHWAH MINAIL AIDIL WALFAIZIN..

Syukur kehadrat Allah S.W.T Ramadhan 1438 kali ini berjaya dengan izinnya para sukarelawan Mujaddid melaksanakan misi meraikan anak-anak Yatim Dan miskin Di Al-Barakah Teluk Intan. Detik ini yang dirancang melalui perbincangan dan beberapa kali mesyuarat bersama-sama dengan kumpulan lain seperti sukarelawan Islam Sek.Men.san Min ,Sek.Keb.Changkat Jong Dan Sukarelawan Muslim Hospital Teluk Intan.

Objektif kali ini menurut Ketua Sukarelawan Mujaddid En.Ahmad Faizal Bin Ahmad adalah "Kesatuan & Permuafakatan" agar lebaran yang menjelma dapat diraikan bersama-sama.Jumlah dana terkumpul tidak termasuk sumbangan individu adalah sebanyak  
RM 2.454.15 diserahkan melaui wakil -wakil sukarelawan yang hadir.


 Ucapan Aluan Dari Pengerusi Al-Barakah En.Zulkifli Bin Md.Wahi
 Bacaan Doa Tahlil dan Doa Selamat Dari Al-FadhilUstaz Amin sementara menantikan waktu buka.
Dari kiri : En.Kamsol Bin Yakob Pengerusi KRTS4& Al-Mujaddid,En.Jamal Bin Zainuddin Mujaddid,Cikgu Fahmi Firdaus Wakil Sukarelawan Sam Min,En.Kamarzaman Wakil Sukarelawan Sek.Keb.Changkat Jong,En.Razali Mujaddid.Diantara penggerak utama program ini.
Ketua Sukarelawan Mujaddid di temani En.Ishak Bin Yoob selaku teraju utama dan perancang program.
Sumbangan Dari Ketua Sukarelawan Mujaddid En.Ahmad Faizal Bin Ahmad kepada Al-Barakah
Dari Wakil Sek.Keb.Changkat Jong En.Kamarzaman
Dari Wakil Sukarelawan Islam Sek.Sam Min En.Fahmi Firdaus
Sumbangan Duit Raya Dari Puan Nalini KRTS4

Menanti saat berbuka..Detik yang tidak terucap dapat berbuka bersama anak-anak Yatim Dan Miskin..Benar sadba Rasullulah..Sentuhan kalbu dan kepuasan diluar gambaran .



Tazkirah Dari A.F Ustaz Amin Bertajuk" Erti Sebuah Kehidupan "


Majlis dan para sukarelawan beredar selepas selesai Solat Terawih...Ucapan jutaan terima kasih buat dari kami buat warga Al-Barakah yang sudi menerima kehadiran para sukarelawan. Dan penyatuan dari semua kumpulan sukrelawan amat dihargai.Moga ini bukan noktah terakhir usaha kearah menghidupkan sunnah dan membantu yang memerlukan...Kepada Ketua Sukarelawan Mujaddid..Tahniah dan kami anak-anak buah menantikan program seterusnya...TERBAIK BOS.
Kepada Yang ingin berhubung berkenaan Sukarelawan Mujaddid sila hubungi :

1. En.Ahmad Faizal Bin Ahmad ( 019-442 6545) Ketua Sukarelawan Mujaddid

SEHINGGA KITA BERTEMU LAGI PARA PEMBACA SEKELIAN
AKHIR KATA DARI BIDALAN ORANG LAMA 
" Benih Yang Baik Dicampak kelaut Menjadi Pulau
Terjatuh Di Darat Menjadi Gunung "

Fikir2kan..











No comments:

Post a Comment